Sekali lagi kita dikejutkan dengan wabak yang boleh dikira sebagai "silent killer". Paling menakutkan bukan je negara kita malah seluruh dunia terdedah kepada wabak pembunuh ini. Wabak yang boleh membunuh ini berbahaya sangat kerna mangsanya tak terkira. Tua, muda, besar kecik semua berisiko dijangkiti.
Wabak yang menular dengan mudah dan senyap nie...sanagt menakutkan kerana walau telah dinyatakan simptom-simptomnya tetapi mengenalpasti pembawanya bukan mudah. Tugas mengesan wabak nie boleh menjadi tugas yang sangat mengelirukan.
Walaubagaimanapun ada kehairanan dalam fikiran aku bila ada sesetengah makhluk nie memang tak reti bahasa kot. Dah tau ada penyakit berbahaya..dah diingatkan jangan pergi ke tempat sesak ramai orang, masih mahu memperjudikan nyawa sendiri. Contohnya baru-baru nie di Kuching..Walaupun wabak ni sedang hangat diperkatakan, masih ramai yang berpusu-pusu menghadiri program JOM HEBOH serta Pesta Air di Kuching Waterfront. Aku bukan nak mengata tetapi mereke-mereka nie mementingkan hiburan walaupun tahu risiko yang menanti mereka diluar.
Seharusnya dalam masa begini, kita banyakkan masa dirumah. Menjaga kesihatan dan kebersihan tubuh badan adalah sangat penting. Elakkan membawa keluarga terutamanya anak-anak yang masih kecil ke tempat sesak dan berisiko. Tangguhkan dulu semua aktiviti luar. Kita tidak dapat menghidu dimana, siapa dan bagaimana kita akan terkena. Berhati-hati dan menghindar adalah lebih baik daripa mengubati.
Dalam apapun kekuatan kita, satu yang harus kita ingat. Apapun kepakaran, kecanggihan teknologi yang kita ada, yang penting kita berserah kepada yang berkuasa iaitu PENCIPTA kita. DIAlah yang menjadikan segalanya dan dialah juga yang dapat menghalang segalanya. Mintalah perlindungan dan keselamatan....mintalah diampunkan segala dosa dan kesalahan kita agar tiada bala dan musibah diturunkan untuk tujuanperingatan serta ujian buat kita..
P/S: Sama-samalah kita bertanggungjawab menjaga kesihatan diri, keluarga, komuniti, organisasi dan negara kita. Berdisplin dan Jagalah kesihatan kita bersama!

No comments:
Post a Comment