Tuesday, July 28, 2009

Jalan raya oh jalan raya

Seringkali terjadi semasa aku memandu..seringkali hati disakiti oleh tingkahlaku mereka (yang entah perasan atau tidak) yang turut sama menjadi pengguna jalanraya...Mau tau kenapa? Kadang-kadang semua yang dilakukan ikut sedap rasa sendiri..tanpa mengira siapa di kiri kanan depan belakang mereka.
Seringkali lampu isyarat tak diendahkan..kuning ke, merah ke jalan je..REDAH JER! Buta warna ka? Satu lagi yang paling aku tak suka..lampu signal kat kereta tu sampai bertempek kat lampu..tak reti juga nak pakai. Ingat suka-suka je ke benda tu ada kat situ? Saja je ke nak naik kos pembuatan? Aku tak faham tul...kadang-kadang bulatan pun tak pandai guna..Orang lari 400 meter dalam trek pun pandai ikut laluan sendiri smapai garis penamat. Nie kita yang bawa kereta jalan macam ular, celah sana celah sini. Dulu masa ambi kelas lesen memandu tak dengar instruktor tu cakap ape..bila dah di jalan raya mulalah buat peraturan sendiri..Paling-paling pun kalau nak buat gitu, fikirlah keselamatan diri..Kalau orang kena langgar cedera, kita pun akan cedera. Kita dianugerahkan otak untuk berfikir bijak..tapi tak dianugerahkan badan kebal dan kuat macam besi...Nyawa pun 1 je..jangan nak perasan jadi kucing yang ada 9 nyawa....
Satu lagi kes yang aku rasa lawak jugalah...Berkenaan penggunaan "sun glasses" atau kaca mata hitam..Selalu aku tenguk minah-minah terutamanya..bukan je time pagi tengahari masa mentari terik je pakai. Senja dah nak malam pun lagi terhegeh-hegeh pasang kacamata hitam. WOI! tak sekolah ke? Dah gelap pakai lagi cermin gelap...mana nak nampak jelas...Aku tul-tul tak faham..diorang ni tau ke dak sebenarnya guna kacamata hitam tu?
Kadang-kadang aku terfikir..apa diorang nie tak fikir ke? Kalau ada disebelah tu ibu mengandung ke? Baby kecil ke? Ayah ke...yang pastinya di rumah atau dimana destinasi tujuan mereka, pasti ada yang menunggu mereka..dan paling penting pemandu itu sendiri..sudah pasti dia pun ada yang tengah menanti...
Selalu aku terfikir..diorang yang memandu dan buat jalanraya tu macam sedara atuk dia yang buat, lebih baik dihukum jalan kaki je seumur idup. Tak pandai hargai kemudahan yang diberikanTinadakan ala-ala bodoh diorang boleh menyebabkan kemalangan, mendatangkan kecederaan malah menggadai nyawa insan lain.
Tak guan nyawa kita tergadai kerana orang-orang macam nie...Kadang-kadang bukan pemandu keta yang tunjuk lagak. Yang bawa motosikal lagilah...Tak sedar diri kerdil, jalan kat tengah jalan. Pastu pulak bawa 20 km/j. Macam bawa rombongan pengantin...Langsung tak fikir orang lain yang sama guna jalan tu. Aku betul-betul tak faham...
Kepada rakan-rakan semua..tak kira siapa kita. Tanggungjawab di jalan raya penting. Bukan saya, anda tapi kita semua. aku nie jenis penakut sangat kat jalan..Kesian sangat dengan yang terlibat dalam kemalangan. MATI sekali jer..Janganlah berlagak macam nyawa kita da balance gi nak diguna..
Semoga kita lebih selamat dan sejahtera guna jalan raya.

P/S Takut nanti ada hukuman tak bagi guna kenderaan seumur hidup. Naik pun xleh..nak naik ape?

2 comments:

  1. ya lah...aku pun selalu juak bedepan ngan masalah tok...berebut2 drive keta mcm apa jak...lepas ya masuk lorong x sabar2, x bagi signal gk ya...haish!~ kalau x melibatkan nyawa dan kereta org lain x pa gak kan! tok menyusahkan org lain juak..kita yg berhati2, tp sbb org lain punya perangai, kita pun terlibat sama...alahai!~~

    ReplyDelete